18 Mac 2024 - Dengan tema “Pendidikan Gemilang, Penjana Prestasi Cemerlang”, sebanyak tujuh (7) teras strategik telah diumumkan oleh Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad sebagai kerangka dan projeksi strategi UPNM dalam meneruskan momentum kecemerlangan tahun 2024 ini.
Bercakap kepada warga UPNM di Dewan Theatrette pagi tadi, YBhg. Naib Canselor turut mengumumkan 30 insiatif sebagai fokus utama untuk memandu hala tuju UPNM bagi mendukung aspirasi KPT.
Beliau turut menzahirkan harapan agar segala teras strategik yang ditampilkan tahun ini akan dapat direncana dan dilaksanakan menerusi pendekatan berstrategi dan berfokus.
Akhir sekali, beliau mengajak semua warga UPNM agar terus kekal dengan semangat serta kesediaan untuk mendukung prinsip tata kelola berhikmah atau wisdom dalam menyelesaikan apa jua isu yang mendatang.
*Lihat video pendek disini: https://www.youtube.com/watch?v=LLK8E5ggTy8