22 Februari 2024 - UPNM dan UPM telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai rakan strategik universiti dan menjadi tuan rumah bagi Program JENESYS 2024. Program yang melibatkan seramai 9 orang pelajar antarabangsa dari Jepun dan beberapa orang wakil pelajar UPNM. Program yang berlangsung selama satu hari ini di kawasan sekitar kampus seperti di Bangunan Jauhari, Pusat Maritim, PJTI dan Makmal Kejuruteraan.
Program ini bertujuan menggalakkan persefahaman di kalangan belia antara negara Jepun dan rantau Asia-Pasifik di samping membina jaringan perhubungan serta kerjasama masa depan. Dengan program ini, ia dapat menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam dikalangan belia mengenai ekonomi, masyarakat, sejarah dan budaya Jepun/Malaysia. Selain itu, hubungan diplomatik antara Jepun/Malaysia dapat dikukuhkan lagi melalui jalinan kerjasama dan persahabatan antara belia. Program ini juga menjadi platform yang baik dalam pembangunan dan pembentukan bakat belia Malaysia amnya dan UPNM khasnya.