12 Januari 2024 - YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pagi tadi. Turut hadir di UM adalah YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama barisan pengurusan tertinggi Universiti.
Majlis ini juga ditayangkan secara langsung atas talian di seluruh Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Education Malaysia Global Services di 12 buah negara. Warga UPNM turut meluangkan masa menonton secara langsung di Dewan Bestari, UPNM.
Dalam majlis ini, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah menggariskan lima (5) fokus utama dan 20 landasan hala tuju KPT sebagai panduan seluruh warga KPT dalam memperkasakan kualiti pendidikan tinggi negara.
*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/h1XAIXmk9r4?si=u07VttteELS4F7Gf