10 Januari 2024 - UPNM telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada Saudi Armed Forces Command and Staff College yang diketuai oleh Maj Gen Mohammed Jadoua S Alruwaili, Commander of the Command and Staff College, Saudi Armed Forces.
 
Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik antara UPNM dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi khususnya dalam bidang akademik melalui penawaran kursus-kursus pendek dan program-program pasca siswazah kepada pegawai-pegawai tentera Arab Saudi. Selain itu, kolaborasi strategik ini juga dijangka dapat menjadi salah satu sumber penjanaan pendapatan kepada universiti.
 
 
 
 
 
Delegasi turut dibawa melihat demonstrasi Simulator Kapal di Pusat Maritim UPNM.