6 Disember 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tuanku Canselor UPNM telah berkenan mencemar duli berangkat ke Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
 
Seramai 1,490 orang pelajar bergraduat terdiri daripada 11 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 93 orang graduan Ijazah Sarjana, 986 orang graduan |jazah Sarjana Muda dan 400 orang graduan Diploma dalam pelbagai bidang.
 
 
 
 
  
Seramai 60 orang graduan terbaik dianugerahkan dengan Hadiah Akademik. Manakala penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dianugerahkan kepada 2 orang tokoh pertahanan negara dan seorang tokoh diplomasi antarabangsa iaitu:
 
1. YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara), Panglima Angkatan Tentera ke-17 dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik.
2. YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj. Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Panglima Angkatan Tentera ke-18 dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Strategik dan Hubungan Antarabangsa.
3. YBhg. Tuan Yang Terutama Datuk Khalid Ghanim Mohammed Alghaith, mantan Duta Besar UAE ke Malaysia dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Turur hadir meraikan para graduan di Sidang Pertama ini adalah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM, YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman serta Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad dan barisan pengurusan tertinggi UPNM.
 
Sidang Kedua dan Sidang Ketiga Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM akan berlangsung pada 7 Disember 2023.
 
 
 
*Kredit: FB Buletin ATM  = TEKAN DISINI
 
             Kosmo.com.my  = TEKAN DISINI
 
             Utusan.com.my  = TEKAN DISINI