9 -13 November 2023 - Delegasi UPNM diketuai oleh Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah menghadiri Mesyuarat Kerjasama dengan Rakan Strategik Industri iaitu Thales UK bagi memenuhi obligasi ICP/Offset di antara UPNM, MINDEF dan Industri Pertahanan UK. Delegasi UPNM turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Ts Dr Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, dan Dato’ Aminudin bin Yahaya, Ketua Pengarah STRIDE, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
 
Pada hari pertama, delegasi UPNM terlebih dahulu membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Zakri bin Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi UK. Pada sebelah petang pula, telah diadakan Mesyuarat Kerjasama ICP/Offset Bersama Thales UK bagi membincangkan pelaksanaan program ICP/Offset yang sedang dilaksanakan disamping meneroka peluang ICP/Offset yang baru.
 
 
Seterusnya, delegasi UPNM membuat lawatan rasmi ke Defence Military Academy (DMA) of the UK di Shrivenham. Delegasi UPNM diberi taklimat mengenai Kerjasama DMA dengan King’s College dan Univesiti Cranfield. Dato’ NC sempat bertemu dengan seorang pegawai tentera udara yang sedang mengikuti kursus di DMA.
 
Hari berikutnya, delegasi UPNM telah dijemput ke Matra BAe Dynamics (MBDA) yang merupakan Syarikat terkemuka berkaitan industri pertahanan Eropah. Delegasi telah dibawa melawat ke unit-unit pembuatan system misil dan berbincang mengenai bidang Kerjasama pada masa hadapan.