29 September 2023 - Satu Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yunus Emre Institute (YEI), Kedutaan Turkiye dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan di Bilik Senat, UPNM bagi menjalin hubungan kerjasama strategik yang melibatkan usaha dalam membangunkan modal insan melalui program latihan dalam bidang Bahasa Turki, penterjemahan, kejurubahasaan dan penerbitan serta penyelidikan..
 
Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad selaku Naib Canselor UPNM dan Dr. Omer Altun selaku Pengarah Yunus Emre Institute (YEI). Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM dan Tuan Yang Terutama Emir Salin Yuksel selaku Duta Turki Ke Malaysia.
 
 
Dengan temerterainya momorandum ini, UPNM dan YEI dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan modal insan, Latihan Bahasa Turki kepada staf dan pelajar, khidmat penerbitan serta penghasilan produk serta penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
Semoga jalinan usaha sama yang akan dilaksanakan ini dapat memberi peluang kepada UPNM dan YEI untuk meneroka bidang baharu yang memberikan impak yang besar serta berdaya saing.