4 Sep 2023 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat julung kalinya telah menerima kunjungan delegasi dari Royal Thai Army War College. Mereka terdiri daripada 70 orang peserta yang diketuai oleh Mej Jen Chagard Kantee, Commanding General Royal Thai Army War College.

 


Setibanya di perkarangan Bangunan Canselori, Mej Jen Chagard Kantee telah diberi penghormatan kawalan kuarter (quarter guard) dari anggota-anggota Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Di dalam pertemuan di Bilik Singgahsana, YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Royal Thai Army War College serta mengharapkan hubungan diplomatik UPNM dan dapat diperkukuhkan lagi dengan pertukaran maklumat dalam bidang pendidikan, akademik dan latihan ketenteraan.

 


Kemudiannya para peserta telah diberi taklimat oleh YBhg Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan PNC JIPK di Dewan Bestari. Lawatan berakhir dengan lawatan simulator kapal dan pameran penyelidikan di Pusat Maritim UPNM.


Turut hadir adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan pegawai-pegawai kanan UPNM.

 

*Lihat Video Pendek: TEKAN SINI