25 Ogos 2023 – Sempena Pre-Launching Sambutan Hari Pendaftar Universiti Awam Malaysia Tahun 2023, Pejabat Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERINTIS) UPNM telah berjaya menganjurkan Program Larian Sihat Warga Kampus.

Program yang disertai seramai 700 orang warga kampus dari pelbagai FPJB diadakan di Pavilion UPNM bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pengurusan, pentadbir, staf dan para pelajar.

 

 

Larian sejauh 2.8 km mengelilingi lanksap UPNM telah dilepaskan oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Terdahulu di dalam ucapan perasmian, beliau menyeru seluruh warga untuk terus aktif dalam aktiviti riadah dan memastikan ianya pada kadar seimbang di antara tugas hakiki dan kesihatan diri. Ujar beliau lagi, dengan jasmani yang sihat akan memberi kesan positif dalam menajamkan minda serta konsentrasi, sekaligus meningkatkan kualiti hidup serta produktiviti kerja.

Larian sihat Warga Kampus turut menyediakan 150 medal pelari terawal sampai ke garisan penamat bagi kategori lelaki, wanita dan pelajar. Sementara itu terdapat juga jualan food truck disediakan di Bangunan Bestari.

Turut hadir sama dalam program adalah barisan kepimpinan Pengurusan Tertinggi UPNM.