17 Ogos 2023 – Program Bicara Kenegaraan 2023 yang diadakan di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan satu program berimpak tinggi mengupas prinsip kepimpinan dalam Sistem Pertahanan Negara.

Program yang diterajui oleh YBrs Kol Dr. Hj Zahimi bin Zainol Abidin, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional UPNM melibatkan tiga prolifik panel iaitu YBrs Brig Jen Hj Mohd Shauari bin Hj Mat Piah, Komandan Akademik Tentera Darat, YBhg Komisioner Polis Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM dan YBrs Prof. Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM.

 

 

YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Bicara Kenegaraan 2023. Di dalam ucapannya, YBhg NC menyatakan program yang dianjurkan dapat mewujudkan koordinasi antara organisasi di bawah KPT dalam melaksanakan beberapa program kepimpinan yang boleh memberi impak terhadap kelestarian pendidikan tinggi negara.

Beliau turut berkongsi berkenaan Dasar Pertahanan Negara yang bersifat menyeluruh (HANRUH) seperti yang termaktub di dalam Kertas Putih Pertahanan di mana menekankan peri penting peranan serta keterlibatan rakyat di dalam sistem pertahanan negara.

Turut hadir adalah YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusof, Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg Dato’ Prof. Dr. Nasrudin Mohammed, Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Encik Azrul Izham bin Hamzah, Timbalan Pengarah Pusat Kelestarian Kepimpinan AKEPT, Pengurusan Tertinggi UPNM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan KPT dan para mahasiswa universiti.

 

*Lihat Video Pendek Disini: Tekan Sini