17 Ogos 2023 - YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menyempurnakan perasmian Majlis Penutup "Terrorism Investigative Skills Course" yang telah diadakan di Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside.

 

 

Kursus ini telah dianjurkan oleh Pusat Undang-undang Tentera dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) UPNM dengan kerjasama US Department of Justice. Ia telah diadakan selama 3 hari bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2023 dan melibatkan seramai 35 orang peserta terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan serta akademia.

Turut hadir pada majlis penutup adalah Mr. Aaron Lucoff, Resident Legal Advisor, US Department of Justice, Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta pengurusan Universiti.

 

*Lihat Video Pendek Disini: KLIK SINI