11 Ogos 2023 - UPNM melalui Institut Pengajian Eksekutif (NIEEd) telah menganjurkan Kursus Systems Engineering (Siri 2) antara 7 hingga 11 Ogos 2023 betempat di Pusat Marine. Kursus ini ditawarkan melalui Industrial Collaboration Programme (ICP)/ Offsets di bawah kerjasama Pejabat PNC JIPK dengan Kongsberg Defence and Aerospace, Norway.

Pensyarah dari University of Southeastern Norway, Professor John Mulholland dan Ms Katherine Gullav telah mengendalikan kursus siri kedua ini yang dihadiri seramai 28 peserta dari ATM, STRIDE, APMM dan pensyarah UPNM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad – Naib Canselor UPNM dengan kehadiran, TNC AA dan PNC Jaringan Industri dan Korporat.
 
 
 
 
Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengikuti kursus selama 5 hari dan berharap ilmu baru yang diperolehi dapat dimanfaatkan di agensi masing-masing. Ini adalah penting dalam memastikan aset-aset pertahanan dan keselamatan negara dapat di uruskan secara sistematik agar dapat digunakan dengan baik sepanjang hayat (Through Life Capability Management).
 
Naib Canselor juga menyeru peserta agar dapat mengikuti kursus seterusnya iaitu Siri 3 yang dijangkakan dapat dijalankan pada awal tahun 2024. Kursus tersebut akan melayakkan peserta untuk memperolehi Professional Certificate in Systems Engineering.