Forum yang telah bermula sejak tahun 1997 mempunyai 27 buah negara termasuk negara-negara ASEAN dan negara-negara rakan dialog iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, Australia, Canada, China, the European Union (EU), India, Japan, New Zealand, the Republic of Korea, Russia, United States, Bangladesh, the Democratic People's Republic of Korea, Mongolia, Pakistan, Sri Lanka, Papua New Guinea dan Timor-Leste.
Forum ini merupakan platform bagi membincangkan isu-isu keamanan dan keselamatan dalam kalangan institusi ketenteraan di wilayah Asia Pasifik. Selain itu, negara-negara keanggotaan turut membincangkan perkara-perkara berkaitan pendidikan, penyelidikan, latihan dan pembangunan profesional yang berpaksikan pertahanan dan keselamatan.
Tema yang diangkat pada kali ini ialah “Defence Education Diplomacy for Sustainable Peace and Security”. Terdapat 3 sub-tema bagi menyokong tema utama seperti berikut:
- Infusing Peace Education into the Curriculum of Professional Military Education.
- Peace Education in Professional Military Education as a Pathway for Increasing the Role of the Military Peacebuilding Operations.
- Enhancing Collaboration among Defence Universities/Colleges/Institutions for the Infusion and Integration of Peace Education.
Perasmian ARF HDUCIM 2023 disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia. Sementara itu, YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Naib Canselor UPNM mempengerusikan forum sidang pertama dan kedua manakala Naib Canselor Gen Sir John Kotelawala Defence University (KDU) Sri Lanka mempengerusikan forum sidang ketiga.
Pada hari terakhir forum, UPNM akan menyerahkan tugas Pengerusi kepada KDU Sri Lanka yang akan mempengerusi dan menganjurkan ARF HDUCIM Ke-26 pada tahun berikutnya.
Turut hadir majlis perasmian termasuklah Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Panglima Tentera Darat, Penasihat Pertahanan Negara Keanggotaan, Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM, Ketua Eksekutif MIDAS, Presiden PUSPAHANAS, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.