Pada 8 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ke-52 Bilangan 2 Tahun 2023.

Mesyuarat LPU telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM. Dalam ucapan pembukaan, YBhg Pengerusi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg Dato’ Sri Muez bin Abd. Aziz, mantan Ahli LPU merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang bersara pada 31 Mei 2023 dan kepada YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM yang akan menamatkan perkhidmatan pada 19 Jun 2023.

 

 

Dalam Mesyuarat LPU, Naib Canselor UPNM telah membentangkan pencapaian prestasi UPNM, program-program universiti yang telah dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti akan datang serta penglibatan staf dan pelajar dalam kalendar bulan Mac hingga Jun 2023.

Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan dan keputusan-keputusan telah diambil oleh ahli LPU akan terus memberi UPNM untuk lebih berdaya maju dan dinamik dalam memartabatkan pendidikan, penyelidikan dan latihan di persada nasional dan antarabangsa.

Turut hadir dalam Mesyuarat LPU adalah YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM (Bersara), Puan Azlinda binti Azman, En Md Taufiq bin Md Ralip, Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal bin Knight Victor Ernest@ Abd Shatar (Bersara), Kdr (K) Datuk Zulkifli bin Ishak PSSTLDM, Dato’ Hj Md Pishal bin Ab Raub, Encik  Mohamad Amir Shaqim bin Ahmad Shahriman dan Pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM.