24 Mei 2023 (Rabu) – Sempena Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA ’23), Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Institut Maritim Malaysia (Maritime Institute of Malaysia) dan Bahagian Marin Malaysia (Malaysia Marine Department) telah menganjurkan International Maritime Conference. YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM turut hadir mengikuti konferens ini.

 

 

Konferens yang diadakan di Parkroyal Langkawi Resort telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan. Ianya merupakan sebuah platform utama bagi agensi kerajaan, pakar marin, para akademik, pembuat polisi dan pemegang taruh untuk memahami kerangka ketahanan maritim di Asia Tenggara secara keseluruhannya. “A Resilient Maritime Southeast Asia: Safe, Security and Sustainable Ocean” telah diangkat sebagai tema konferens pada kali ini.

Sementara itu dua tajuk iaitu “Global Trade and Shipping Trends” dan “Global Security in SEA” telah dibincangkan dan dibahaskan sepanjang konferens berlangsung.

Turut hadir termasuklah Pengurusan Tertinggi UPNM.