8 Mei 2023 (Isnin) – Majlis perasmian Dewan Zulfaqar, Bangunan Kolej Kediaman Blok Tuah telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyatakan Dewan Zulfaqar akan dijadikan dewan pelbagai guna bagi melaksanakan majlis-majlis anjuran UPNM.

 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Lt Kol Prof. Madya Dr. Daud Mohamed Salleh (B), Pengarah Pusat Islam. Kemudian Naib Canselor UPNM menurunkan tanda tangan di atas plak perasmian dan diikuti dengan mimik perasmian Dewan Zulfaqar. Majlis disusuli pula dengan pemotongan riben menandakan dewan ini telah sempurna perasmiannya.

Turut hadir di majlis perasmian adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan Pegawai-pegawai Kanan UPNM.