14 Apr 2023 – Apabila menghayati bait lirik lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman, hati mula tersentuh mengenangkan keluarga dan suasana kampung halaman yang ditinggalkan. Kepulangan para pelajar ke kampung menjelang hari raya sememangnya sudah sinonim bagi mahasiswa yang berkelana mencari ilmu di menara gading.

YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM dan Pengurusan Tertinggi UPNM telah menyantuni para pelajar bagi program Balik Kampung yang dilaksanakan di perkarangan Dewan Pendekar. Sebanyak 7 buah bas telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) bagi membawa kira-kira 280 pelajar ke kampung halaman masing-masing

Semoga perjalanan balik kampung para pelajar UPNM ke seluruh destinasi sentiasa selesa dan selamat.

 

*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/mzYGZ171mzk