Pada 7 April 2023 (Jumaat) bersamaan 16 Ramadan 1444H telah diadakan Majlis Buka Puasa Perdana bertempat di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Majlis ini bukan sahaja dapat mengumpulkan warga UPNM untuk berbuka puasa secara kolektif malah ia dapat mengeratkan lagi semangat keukhwahan dan solidariti.

 

 

Turut hadir sama YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, ahli Lembaga Pengurusan Universiti, Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK, Pegawai-pegawai Kanan UPNM, Majlis Perwakilan Pelajar,  staf dan pelajar UPNM.