Pada 26 Januari 2023, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan ulung dan kunjungan hormat dari National Defence University Kenya (NDU-Kenya). Delegasi NDU Kenya terdiri daripada 7 orang pegawai kanan diketuai oleh Lt Jen Jonah M Mwangi, Naib Canselor NDU-Kenya.

 

 

YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM di dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dan penghargaan serta mengalu-alukan kedatangan delegasi NDU-Kenya ke UPNM. Beliau mengharapkan hubungan UPNM-NDU-Kenya akan terus kukuh dengan kolaborasi dalam bidang-bidang yang boleh diteroki dan dipersetujui bersama pada masa akan datang. Taklimat UPNM pula telah disampaikan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Dr Kwong Fook Wen (B), Pengarah Kanan, Pejabat Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Awam.

Lawatan ini bukan sahaja membuka lembaran baru NDU-Kenya dan UPNM dalam bidang pendidikan, latihan  dan penyelidikan malah ia mempereratkan lagi hubungan kedua-dua buah universiti pertahanan ini.  Turut hadir sama termasuklah Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK, Delegasi NDU-Kenya dan pegawai-pegawai Kanan UPNM.