Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini menerima lawatan kerja dan kunjungan hormat dari Universitas Jenderal Achmad Yani (UNJANI), Indonesia. Delegasi UNJANI seramai 40 orang staf dan pelajar diketuai oleh Yang Terhormat Mej Jen Benny Indra Pujihastono (B), Kepala Bidang Pendidikan, Yayasan Kartika Eka Paksi dan Yang Terhormat Profesor Hikmahanto Juwana, Rektor UNJANI.

Kehadiran delegasi UNJANI telah disambut dengan Tarian Perang (War Dance) oleh PALAPES UPNM. YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM di dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dan penghargaan serta mengalu-alukan kedatangan delegasi UNJANI ke UPNM. Beliau mengharapkan hubungan UPNM-UNJANI akan terus kukuh dengan kolaborasi dalam bidang-bidang yang diteroki dan dipersetujui bersama. Taklimat UPNM pula telah disampaikan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Dr Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan, Pejabat Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.

 

 

Lawatan ini bukan sahaja membuka lembaran baru UPNM-UNJANI dalam bidang pendidikan dan penyelidikan malah ia mempereratkan lagi hubungan kedua-dua buah universiti pertahanan ini. Sementara itu, juga diadakan Letter of Intent (LOI) di mana ia ditandatangani oleh YBhg Brig Jen Prof. Datuk Dr. Hj. Adnan Bin Hj. Abdullah, Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM dan Yang Terhormat Dr. Sutrisno, Dekan Fakultas Kedokteran, UNJANI.

Sebaik selesai sesi taklimat dan LOI, delegasi UNJANI seterusnya dibawa ke Bangunan Lapang Sasar 10 Meter bagi aktiviti menembak Air Rifle. Turut hadir sama termasuklah Yang Terhormat Profesor Dato’ Seri Abu Hassan bin Abdullah, Profesor Pelawat dan Senat Antarabangsa UNJANI, Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK, Delegasi UNJANI dan pegawai-pegawai Kanan UPNM.

 

Lihat video pendek disini: https://youtu.be/MR3PiiGB29I