Meruntun keperitan mangsa banjir di Pantai Timur, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan pasca banjir. Dengan melibatkan 10 orang sukarelawan staf dan 70 orang sukarelawan pelajar UPNM, mereka akan melaksanakan misi bantuan di sekitar Daerah Pasir Mas, Kelantan mulai 30 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023.

 

 

Majlis send off Misi Bantuan Banjir Kemanusiaan Pasca Banjir UPNM di Pantai Timur pada 30 Disember 2022 ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM di Foyer Bangunan Bestari. Di dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para sukarelawan UPNM dan mengingatkan mereka agar terus menjaga keselamatan diri dan kesihatan sepanjang melaksanakan khidmat bakti.

Turut hadir adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan Komandan ALK.