Pada 28 Dis 2022 bertempat di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya telah berlangsung perbincangan kerjasama bagi penganjuran Mesyuarat Ketua-ketua Universiti, Kolej, Institusi Pertahanan (Asean Regional Forum Heads of Defence Universities, Colleges, Institutions Meeting) Ke-25 yang bakal dilaksanakan pada 9 -11 Mei 2023.
Sebanyak 27 buah negara termasuk negara ASEAN dan negara-negara Indo Pasifik seperti Korea Selatan, China, Jepun, India, Kanada, New Zealand dan Australia akan mengambil bahagian dan menyertai forum ini bagi membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan mengadakan kerjasama penyelidikan serta memperkasakan jaringan pendidikan dan akademik.
YBhg Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) mengetuai delegasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala YBhg Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Presiden PUSPAHANAS mewakili badan induk itu.
Turut hadir adalah YBhg Brig Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar (PUSPAHANAS) dan Pegawai-pegawai PNC JIPK.