Kerajaan Perancis telah menjemput YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM untuk menghadiri Euronaval 2022 Expo di Le Bourget, Paris, France.

Turut serta ke Pameran tersebut adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Timbalan Panglima Tentera Laut Malaysia.

 

 

Semasa pameran berlangsung, YBhg. Naib Canselor dan delegasi UPNM telah melawat sebanyak 22 buah reruai di antaranya Thales, Naval Group, BAE System PLC, Airbus. Semasa kunjungan, YBhg. Naib Canselor telah bertukar pendapat dan membincangkan potensi kerjasama dua hala antara UPNM dan syarikat yang terlibat.

 

 

Semasa di Pameran Euronaval, YBhg. Naib Canselor juga sempat mengunjungi Booth Langkawi International Maritim and Aerospace Exhibition (LIMA Langkawi) yg turut mengambil bahagian bagi mempromosikan penganjuran LIMA Langkawi 2023 di Malaysia.

 

 

Pada hari terakhir, YBhg. Naib Canselor dan delegasi UPNM telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Naval Group di Ibu Pejabat Naval Group bertempat di Paris. Semasa mesyuarat tersebut, delegasi UPNM telah diberikan taklimat serta perkembangan terkini program Industrial Collaboration Programme (ICP/Offset) di Ecole Centrale de Nantes, Perancis yang melibatkan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah bagi pegawai dan staf UPNM.