Pada 5 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan General Sir John Kotelawala Defence University (KDU), Sri Lanka bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori UPNM. MoU telah ditandatangani oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM dan disaksikan oleh YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.

Terdahulu MoU UPNM-KDU Sri Lanka telah ditandatangani oleh Mej Jen Milinda Peiries, Naib Canselor KDU dan VD Kithsiri, Pendaftar KDU. MoU yang dimeteri pada 23 September 2022 telah disaksikan oleh En. Tan Yang Thai, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka.

 

 

Memorandum Persefahaman ini diperbaharui bagi tempoh lima tahun sehingga tahun 2027. Antara perincian yang direncanakan termasuklah penyelidikan bersama, pertukaran sabatikal pelajar dan staf, penyertaan dalam program kepimpinan dan pembangunan profesional serta penganjuran persidangan, seminar dan bengkel.

Turut hadir sama adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan staf Pejabat Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.

 

*Highlight Video: https://fb.watch/f-ePcbcXe0/?mibextid=vilDUR