Pada 5 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Menara Westar, Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Pertahanan Nasional Malysia (UPNM) Ke-49 Bilangan 3 Tahun 2022.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM. Dalam ucapan pembukaan, YBhg Pengerusi merakamkan penghargaan di atas kepimpinan YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dalam menerajui aspirasi dan halatuju UPNM ke arah kecemerlangan mutlak di persada nasional dan peringkat antarabangsa.
Dalam Mesyuarat LPU, YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah membentangkan pencapaian prestasi UPNM, program-program universiti yang telah dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti akan datang serta penglibatan staf dan pelajar dalam kalendar bulan Mac hingga September 2022.
Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan dan keputusan-keputusan yang telah diambil oleh ahli LPU akan memberi UPNM untuk lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam memartabatkan pendidikan, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran setaraf dengan universiti-universiti tersohor dunia.
Turut hadir dalam Mesyuarat LPU adalah YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi bin Buang TUDM (Panglima Angkatan Tentera), YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM (Bersara), Puan Azlinda binti Azman, En Md Taufiq bin Md Ralip, YBhg Dato’ Haji Md Pisal bin Ab Raub, Kdr (K) Datuk Zulkifli bin Ishak PSSTLDM, Prof. Dr. Abdul Ghapor Hussin dan Pengurusan Tertinggi UPNM.