Pada 15 September 2022, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan Majlis Perasmian Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bertempat di Pavilion UPNM.

Tema yang telah diangkat adalah “Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia” amat relevan dan signifikan pada masa ini bagi menyuntik nilai patriotik, jati diri dan semangat bangga dan sayangkan tanah air dalam kalangan mahasiswa.

 

Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian Perang, persembahan Citra Mahasiswa Keluarga Malaysia, Perwira Muda, Nyanyian Semarak Jiwa Patriotik dan Deklamasi Puisi & Irama.

 

 

Sementara itu, Pembacaan Lafaz Ikrar Rukan Negara yang dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian telah diketuai oleh Pegawai Kadet Mohamad Norizzaini bin Norizam, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPNM. Seramai 112,413 pelajar IPT seluruh negara telah terlibat dalam lafaz ikrar dan ia dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai jumlah teramai pelajar IPT melafaz ikrar Rukun Negara.

Berbagai agensi awam dan swasta serta universiti awam mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan di Daratan Wawasan. Para pengujung dapat merasai pengalaman di pameran survival village di samping menikmati sajian dari Gerai-gerai Siswa dan Food Truck yang disediakan. Brass Band KD PELANDOK dan Pasukan Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menjayakan Semarak Patriotik IPT 2022.

 

 

Hadir sama termasuklah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera; Naib-naib Canselor Universiti, Pegawai-pegawai Kanan KPT, Lembaga Pengurusan UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK dan warga IPT.

 

 

 

*Highlight Video: https://youtu.be/62L9ztu4amw