6 Jul 2022 (Rabu) – Baru-baru ini Daerah Baling, Kedah mengalami banjir besar yang menyebabkan 20 buah rumah mengalami kerosakan dan 334 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bagi menyelami rasa tanggungjawab dan keprihatinan atas bencana banjir yang menimpa penduduk kampung, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melancarkan Misi Bantuan Pasca Banjir bermula 6 dan 7 Julai 2022.

Misi Bantuan Pasca Banjir telah disempurnakan oleh Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM di perkarangan Bangunan Canselori.

Semoga usaha ikhlas yang disumbangkan oleh UPNM akan meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

#UPNMSharing
#UPNMPrihatin
#SayangiUPNMKita
#KitaJagaKita
#MenangBersama