Kenaikan harga makanan pada hari ini amat terkesan dan dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Memahami kesusahan ini terutamanya kepada mahasiswa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil langkah memperkenalkan bajet menu Keluarga Malaysia di semua kafeteria dengan harga serendah RM3.50.

Prof Dr Muhd Zu Azhan Yahya, Timb Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dalam kenyataannya berkata "inisiatif ini adalah kerana UPNM sentiasa prihatin dan cakna kepada  pelajarnya dalam menangani isu kenaikan harga makanan dan kos sara hidup semasa."

Langkah proaktif UPNM ini adalah sejajar dengan aspirasi KPT Prihatin dalam menjaga kebajikan  pelajar. Selain itu, Pengurusan Universiti sentiasa bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam memastikan agar keperluan dan kesejahteraan mahasiswa disantuni dengan sebaiknya.

#UPNMSharing
#UPNMPrihatin
#SayangiUPNMKita
#KitaJagaKita
#MenangBersama