Pada 28 Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-48 Bilangan 2 Tahun 2022 dan mesyuarat juga telah dilaksanakan secara serentak melalui platform atas talian.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM. Dalam ucapan pembukaan, YBhg Pengerusi menzahirkan ucapan penghargaan kepada kepimpinan UPNM yang diterajui oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM atas pencapaian dan kejayaan UPNM menganjurkan program-program di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa.
Dalam Mesyuarat LPU, YBhg Naib Canselor telah membentangkan pencapaian prestasi UPNM, program-program universiti yang telah dilaksanakan serta penglibatan staf dan pelajar dalam aktiviti bagi tempoh Februari hingga Jun 2022.
Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan oleh pihak pengurusan untuk mendapatkan keputusan-keputusan LPU dan kertas pemakluman mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang yang akan memberi impak positif dan signifikan kepada pembangunan dan kemajuan UPNM untuk terus melangkah ke persada dunia.
Turut hadir dalam Mesyuarat LPU adalah YBhg Dato’ Haji Md Pisal bin Ab Raub, En Md Taufiq bin Md Ralip, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Saadon bin Hasnan TUDM, Komandan ALK dan Pengurusan Tertinggi UPNM. Mesyuarat juga dihadiri oleh YBhg Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima ATM dan YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM (Bersara) melalui platform atas talian.