13 Jun 2022 (Khamis). Majis meraikan kecemerlangan atlet-atlet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dilaksanakan di Dewan Bestari UPNM bagi menghargai kejayaan mereka di Sukan SEA, Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei 2022.

Seramai 6 orang atlet UPNM telah mewakili Malaysia dan menempa kejayaan cemerlang dalam kategori masing-masing seperti berikut:

  1. Muhammad Khairi Adib – Pingat Emas Sukan Pencak Silat (Tanding) Kategori Putra B (50-55kg)
  2. Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin – Pingat Emas Sukan Menembak 10m Air Pistol
  3. Sureeya Sankar a/l Hari Sankar – Pingat Emas Sukan Karate Kumite Kategori Individu (67 kg)
  4. Sureeya Sankar a/l Hari Sankar, Muhammad Arif Ab Malik dan S Geerijaieswaran Pillai – Pingat Emas Sukan Karate Kumite Kategori Berpasukan Lelaki.
  5. Muhammad Aiman Hamdan – Pingat Gangsa Sukan Tenis Berpasukan Lelaki.

Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM melahirkan rasa kesyukuran dan bangga di atas pencapaian cemerlang atlet UPNM dalam Suka SEA ke-31 baru-baru ini dengan menggondol 4 butir Pingat Emas dan sebutir Pingat Gangsa.

Di dalam majlis ini, para atlet telah diberikan insentif kewangan sebanyak RM1,000.00 bagi kejayaan meraih Pingat Emas, RM500.00 bagi Pingat Gangsa dan RM1,800.00 bagi kejayaan berpasukan. Di samping itu, kejayaan mereka diiringi dengan Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM. Majlis turut memberi penghargaan kepada Mohd Razlan Shah bin Mohamad Rabii, Ketua Pegawai Belia dan Sukan AKP UPNM merangkap Pengurus Pasukan Karate.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi Universiti, Pengarah AKP, Timb Komandan ALK, Ketua-ketua Jabatan dan para pelajar UPNM.

*Lihat Video Pendek Majlis Meraikan Kecemerlangan Atlet UPNM di Sukan SEA 2021 di sini: https://youtu.be/Yi_e6JBsLRk