Pada 27 April 2022 (Rabu), Webinar “Purposeful Leadership & Sustainability” telah dilaksanakan dengan jayanya di bawah unit Competency Based Talent Management (CBTM), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPNM.
 
Moderator bagi Webinar ini diterajui oleh Prof Madya Dr. Mohd Taufik bin Jusoh@Tajudin, Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah) Fakulti Kejuruteraan UPNM telah bersama tetamu jemputan iaitu Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi Bursa Malaysia.
 
Dalam ucapan aluan, Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM mengungkap objektif webinar ini termasuklah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui tokoh berpengalaman dalam industri dan dunia korporat, dan memperkasa sikap dan budi warga UPNM tergadap nilai kepimpinan bagi mengangkat attibutes melalui slogan “Intelectual Leaders of Characters”.
 
Turut hadir di webinar ini yang dibuat secara langsung menerusi platform teams adalah Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM, Pegawai-pegawai Kanan UPNM dan warga UPNM.