UPNM, 07 April 2022 (Khamis) – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi audit buat kali pertama pada tahun 2022 iaitu Audit Pengawasan 2 (SV2) bagi SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. Audit SV2 untuk pelaksanaan SPK MS 9001:2015 ini adalah audit susulan selepas UPNM diaudit pada 01 Disember tahun lalu.

Hasil audit pengawasan ini, UPNM berjaya memperoleh Audit Bersih tanpa Penemuan Minor, atau Major dari pihak Auditor LRQA. Pada kali ini, UPNM telah memperoleh Audit Bersih buat kali keempat berturut-turut sepanjang audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Pihak YBhg. Datuk Naib Canselor bersama Pengurus Kualiti, ahli JJKU dan seluruh warga Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001, Bahagian Pengurusan Akademik, semua Dekan dan Pengarah Pusat Pengajian serta Pengurusan Makmal dan Bengkel, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim yang telah diaudit pada hari tersebut. Ucapan tahniah juga kepada seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan dan pelaksanaan sesi audit ini.

 Tahniah dan Syabas diucapkan buat semua yang terlibat.