30 Mac 2022 – Sempena DSA NATSEC 2022, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berkolaborasi bersama Pengurusan NATSEC bagi menganjurkan Round Table Talks dalam mengupas tajuk Cyber Warfare: What does it look like and what to expect in 2022 and beyond?
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM sementara ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara).
Round Table Talks diterajui oleh Prof Emeritus Dato’ Ts Dr Tengku Mohd Tengku Sembok dan dibarisi oleh para panel hebat iaitu Laksma Dato' Shamsuddin Hj Ludin, Pengarah Siber dan Elektromagnetik ATM, Ms. Erin Joe, Senior Vice President, Strategy & Alliances, Mandiant, Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Chief Executive Office, Cybersecurity Malaysia dan Mr. Cartan Mclaughlin, Chief Executive Officer, Nihon Cyber Defence Japan.
Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM.