30 Mac 2022 – Sempena DSA NATSEC 2022, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan  Pocket Talk: Women in Defence and Security dalam mengupas peranan dan tanggungjawab wanita dalam aspek pertahanan dan keselamatan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Lt Kol Abdul Rahman bin Alavi (B), Pengarah Pusat Pengajian Keamanan UPNM sementara Mdm J. Kendra Rinas, Chief of Mission International for Migration (IOM) United Nation Malaysia telah menyampaikan Keynote Address.

 

 

Seramai 4 speakers telah dijemput untuk membicarakan tema-tema dalam Women in Peace and Security iaitu En Satish a/l Ranggayah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Brig Gen (Dr) Normah Samsuri (Markas Pemerintahan Barat Tentera Darat), Miss Nouf Ibrahim Ali Rashed Alkuwaiti (Kedutaan Emiriah Arab Bersatu) dan En Khairunnizam Mustapa (NIOSH).

Pocket Talks juga dibuat secara bual bicara di mana Prof Dr Haslinda binti Abdullah @ Betsy Bennet, Pengarah NIEEd UPNM sebagai moderator manakala ahli panel terdiri daripada Brig Gen (Armament Corps) Caroline Salahun (DGA France Procurement), Mdm Sureiya Adam (Denel Soc Ltd) dan Mdm Laurene Aubry (Thales Malaysia).

 

 

Concluding Remarks Program Pocket Talks telah disempurnakan oleh Brig Gen Fadzillah binti Abdullah TUDM, Pengarah Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan  ATM dan majlis penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Dato’ Dr Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.