29 Mac 2022 – Sempena Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) 2022, ramai tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara telah meluangkan masa mereka mengunjungi booth Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Booth UPNM yang berada di Hall 10, Level 3 mempamerkan produk-produk inovasi UPNM hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (Research and Development), simulasi kawalan kapal di samping memperagakan buku-buku ilmiah terbitan UPNM.
Antara yang hadir termasuklah Menteri Kanan Pertahanan, Pengerusi PERNAMA, Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Pegawai-Pegawai Kanan Ketenteraan dari luar negara. Mereka telah disambut oleh Naib Canselor UPNM dan Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM.