24 Mac 2022 - Ms Biljana Milosevic, Head of Regional Delegation, International Committee of the Red Cross (ICRC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan delegasi ICRC yang baharu dan seterusnya mengeratkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua belah pihak.

 

 

Ms Biljana Milosevic mempunyai lebih 20 tahun pengalaman bertugas di ICRC dalam humanitarian emergency and development action di Afrika, Latin Amerika, Timur Tengah dan Eurasia. Beliau pernah berkhidmat di Israel, Tunisia, Jordan, Iraq, Sierra Leone dan Colombia.

Delegasi ICRC telah diiringi oleh Kol Azlan Iskandar bin Dato’ Abdul Ghani (Bersara), Military and Armed Group (MAG) Delegate, ICRC. Turut hadir dalam kunjungan ini adalah pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM.