Pada 19 Mac 2022 telah berlangsung Program Outreach 2022 di mana UPNM telah dilantik sebagai penganjur oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Program Outreach ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas peluang pendidikan tinggi ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang berkaitan serta kemudahan pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

 

 

 

Pemilihan lokasi ini adalah sebagai salah satu cara penghargaan pihak UPNM secara khususnya untuk menabur bakti kepada masyarakat di kawasan setempat iaitu Kampung Batu Kurau dan sekitarnya serta konsultasi bagi pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di menara gading.

Pengarah Program iaitu En Mohd Fadhzil bin Zainol, Timbalan Pendaftar BPA UPNM berkata, antara pengisian Program Outreach ini adalah berbentuk Sesi Forum yang mana tajuk ‘Peluang Melanjutkan Pengajian di UPNM’ telah dipilih dan  Unit Pengurusan Universiti (UPU) dan UPNM dipilih sebagai panel dalam memberikan penerangan khusus kepada pelajar-pelajar yang hadir. Moderator daripada pihak SMK Kampong Perak iaitu Roslen bin Hashim, pengetua SMK Kampong Perak manakala panel pula ialah En Wahi bin Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar, JPT dan Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM.

              

 

Sebanyak 12 pempamer daripada Universiti Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) turut menyertai program ini sebagai pempamer yang bertindak selaku wakil Institusi Pengajian Tinggi dalam menyampaikan maklumat berkaitan peluang pengajian di menara gading.