Program Karnival KPT Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2022 bertempat di MRSM Batu Pahat, Johor. Program ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia

Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM telah menghadiri program ini bersama-sama Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, TNC AA dan Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya, TNC HEPA.

Program ini diadakan adalah untuk mempromosi serta menyebarluas maklumat mengenai program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan kepada pemohon Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf. Selain itu, program ini juga bertujuan mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pemohon dan pemegang taruh berkaitan permohonan UPUOnline.

#UPNMSharing
#UPNMPrihatin
#SayangiUPNMKita
#KitaJagaKita
#MenangBersama