Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Jemputan Menghadiri Webinar Yang Bertajuk "Tatacara Mengurus Siasatan Dalaman (Pentadbiran) & Jawatankuasa Penyiasatan di Bawah Akta 605"
Merujuk perkara di atas dengan segala hormatnya.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Integriti dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi akan menganjurkan webinar seperti butiran berikut:
Tarikh: 16 Februari 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi - 12 tengah hari
Platform : Microsoft Teams
Pautan : https://bit.ly/webinarintegritiupnm
Platform: Facebook Pejabat Pendaftar UPNM
Pautan: https://www.facebook.com/upnmpendaftar/
Penceramah: YBrs. Encik Shahrin bin Nordin
Ketua Pegawai Undang-Undang
Pejabat Penasihat Undang-Undang
UiTM Shah Alam
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengikuti webinar ini melalui pautan yang disediakan. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”