11 Januari 2022 - Program Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi Sesi Kemasukan Januari 2022 telah berlangsung di Pusat Marin UPNM. Pada program ini, seramai 50 orang pelajar pascasiswazah mod penyelidikan telah mendaftar secara bersemuka dan ini merupakan pendaftaran secara bersemuka yang pertama bagi pelajar pascasiswazah UPNM untuk tahun ini.
Turut hadir mendaftar sebagai pelajar baharu pascasiswazah UPNM adalah Datuk Sri Dr. Irmohizam Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang juga merupakan individu pertama dilantik sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat dan Datuk Shahrul Azuwar Bin Abdul Aziz, Pengerusi Yayasan Bina Nusa.
UPNM sedia maklum, merupakan peneraju dalam bidang pengajian dan penyelidikan pertahanan dan keselamatan negara telah mengorak strategi dan fokus yang lebih dinamik dalam merekabentuk program-program pengajiannya agar sejajar dengan keperluan semasa kerajaan dan industri. Menerusi pendekatan Quadraple Helix yang menggarab kerjasama Universiti – Industri – Kerajaan – Masyarakat telah berjaya menghasilkan pelbagai program pengajian dan penyelidikan baharu lebih berimpak tinggi bukan sahaja berfaedah kepada individu dalam pembangunan kerjaya malah lebih dari itu memperhebat keperkasaan organisasi. Memperkasakan industri dan organisasi menerusi perspektif aplikasi teknologi pertahanan dan keselamatan dalam persekitaran awam (civilian) supaya lebih cekap dan efisien.