3 Jan 2022 (Isnin). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates) menerusi Kedutaan UAE di Malaysia, kepada keluarga mangsa banjir di Malaysia. Sumbangan ini yang akan diagih-agihkan termasuklah 300 kotak makanan, 300 items kebersihan diri, 300 kampit beras dan 300 botol minyak masak.