30 Dis 2021 (Khamis) - Bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyerahkan sumbangan sebanyak 500 kampit beras dan 500 kotak makanan kepada Puan Suzlyana binti Mahayuddin wakil kepada YB ADUN Johol.

 

Seramai 6 orang staf dan 15 orang pelajar UPNM terlibat dalam acara penyerahan sumbangan yang telah dilaksanakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.