28 Disember 2021 Temerloh | YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Pendidikan menyantuni Misi Bantuan dan Sukarelawan - Bencana Banjir UPNM dengan kerjasama PPD Temerloh di SK Tanjong Lalang, Temerloh.Temerloh.
Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-8 yang melibatkan seramai 80 orang sukarelawan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh, Pahang. UPNM turut juga melakukan aktiviti penghantaran barangan keperluan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Pekan, Pahang.
28 Disember 2021 - Pahang | Temubual rakan media Sinar Harian dengan wakil UPNM dan Guru Besar SK Sultan Abu Bakar Mentakab atas liputan berita Misi Bantuan dan Sukarelawan Bencana Banjir - UPNM dengan kerjasama PPD Temerloh.
Terima kasih kepada rakan media Sinar Harian atas liputan dan sokongan.