25 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-5 yang melibatkan seramai 105 orang yang terdiri dari Pelajar, Pensyarah dan Staf di Sekolah Agama Dusun Nanding dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Seramai 40 orang sukarelawan UPNM turut juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.