Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2022
3 – 6 Disember 2021 - Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2022 telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) bertempat di Institut Tadbir Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan idea kepada penyelidik bagi menghasilkan kertas cadangan yang baik; memurnikan dan menambah baik kertas cadangan penyelidikan; mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan dalam penulisan kertas cadangan; serta menggalakkan penyelidik untuk memohon geran penyelidikan luar terutamanya penyelidik muda. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM. Bengkel ini telah dihadiri oleh panel-panel professional dan berpengalaman dari pelbagai bidang untuk berkongsi tips serta menilai permohonan para penyelidik semasa sesi pemurnian kertas cadangan penyelidik. Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta mendapat maklumbalas yang begitu menggalakkan daripada para pensyarah dan penyelidik daripada fakulti, pusat dan akademi.