26 Oktober 2021 | Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan General Sir John Kotelawala Defence University (KDU) Sri Lanka telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala secara atas talian bagi membincangkan pelaksanaan 25th ASEAN Regional Forum Head of Defence Universities/Colleges/Institutions Meeting (ARF HDUCIM) pada tahun 2022. Delegasi UPNM diketuai oleh Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM sementara KDU dipimpin oleh Mejar Jeneral Milinda Peiris, Naib Canselor KDU. Bagi 25th ARF HDUICM, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai Pengerusi dan akan menghoskan Forum di Kuala Lumpur, manakala Sri Lanka bersetuju sebagai Pengerusi Bersama.
Dalam perbincangan dua hala ini, UPNM dan KDU juga berbincang mengenai kerjasama dalam aspek pendidikan, latihan dan penyelidikan melalui Memorandum of Understanding (MoU) yang telah ditandatangani sebelum ini.
Turut hadir bersama dari UPNM adalah Profesor Dato’ Ts Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat).