11 Pemain Malayan Tigress Terima Tawaran Lanjut Pengajian di IPTA

Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seramai 11 pemain dari skuad Malayan Tigress yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Palestin kini mengorak pula langkah mereka ke menara gading selepas menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi 2021 itu telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram serta dua Exco FAM, Dato Suraya Yaacob dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.

Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala dua pemain lagi ditawarkan untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sembilan yang ditawarkan ke UPNM ialah Nurul Azurin Mazlan, Eva Olivianie Antinus, Waitie Taming, Nurfatin Rozani, Henrietta Justine, Nur Syafinaz Abdul Rajak, Felicia Loudea Thomas, Nor Ezza Ashikin dan Nurul Arliana Nabila Mohamad Ramadhan manakala Nuralyaa Natasha Zulkefli dan Grace Handirian ditawarkan ke UiTM.

Baca berita penuh di https://bit.ly/3oGy0EO
#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia