41
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Mahasiswa Berkualiti
Kolokium Siswazah
Kolokium Siswazah dilaksanakan 2 kali setiap semester. Setiap pelajar Sarjana dan Doktor
Falsafah diwajibkan membentangkan kemajuan penyelidikan masing-masing. Setiap
pembentangan akan dinilai dan penilai akan memberikan komen untuk memperbaiki
kelemahan yang ada dan memberi idea-idea bernas untuk memantapkan lagi tesis masing-
masing.
Bengkel
Research Methodology
Bengkel ini telah diadakan pada 13 Februari 2009 dengan mewajibkan penglibatan semua
pelajar siswazah dan dibuka kepada pensyarah yang berminat. Bengkel ini dilaksanakan
sebagai satu platform atau langkah pendedahan awal bagi membantu pelajar-pelajar
siswazah dan pensyarah dalam memantapkan kaedah penyelidikan serta kaedah penulisan
akademik yang baik dan sempurna.