33
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sambutan Maal Hijrah Peringkat UPNM 1431H/2009M
17 Disember 2009 - Seperti biasa, program ini telah diadakan di Masjid Al-Jazari, UPNM dan
telah dihadiri oleh semua pelajar dan staf. Antara objektif program ialah memuliakan dan
meraikan tahun baru Islam dan bulan Muharram dengan aktiviti keagamaan di samping
memberikan kesedaran serta pengetahuan tentang hijrah Nabi Muhammad SAW.
Pengajian Kuliah Agama
Sepanjang semester - Kuliah agama ini diadakan pada setiap petang Jumaat di Dewan
Pendekar, UPNM bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Kuliah ini melibatkan
staf wanita dan ahli BAKAT sahaja dan dijalankan secara bergilir-gilir oleh 2 orang Pegawai
Agama dan melibatkan 2 bidang iaitu Fiqh dan Tafsir Juz Amma.
Program Semarak Ramadhan Al-Mubarak
Kolej Lumayan
12 September 2009 - Program ini telah
dijayakan oleh para pelajar awam di Kolej
Lumayan dengan kerjasama Persatuan
Penduduk Apartmen Lumayan. Program
bermula dengan aktiviti pembersihan
dewan pada sebelah malam oleh
pelajar dan penduduk. Pada sebelah
pagi keesokan harinya, aktiviti memasak
dimulakan secara berperingkat bermula
pada jam 11.00 pagi sehingga ke lewat
petang. Pada jam 6.30 petang, tazkirah
Ramadhan mula mengambil tempat yang
mana telah disampaikan oleh Ustaz Rozie
bin Rajab dari Kolej Universiti Islam Selangor
(KUIS) dan diteruskan dengan majlis berbuka
puasa solat Maghrib, Isyak dan Tarawih
berjemaah. Antara objektif program
ialah mengeratkan hubungan silaturahim
golongan mahasiswa-mahasiswi dengan
masyarakat setempat.
Bacaan Yasin, Tahlil dan Qiamullail
Mingguan
Sepanjang semester - Bacaan Yasin dan tahlil diadakan bertempat di Masjid Al-Jazari, UPNM
selepas solat Maghrib setiap minggu pada hari Khamis malam Jumaat yang dikendalikan
oleh staf Pusat Islam.
Ihya’ Ramadhan Peringkat UPNM 2009
September-Oktober 2009 - Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadhan melibatkan
aktiviti seperti Tadarus Al-Quran, tazkirah Jumaat, ceramah Nuzul Quran, Solat Dhuha,
Solat Tasbih, Solat Tarawih berjemaah dan Qiamullail. Antara objektif penganjuran ialah
mengajak warga UPNM menghayati kesucian bulan Ramadhan yang diterjemahkan melalui
pengamalan ibadah kepada Allah SWT. Solat Tarawih diadakan setiap malam selepas solat
Isyak secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam jemputan Al-Hafiz (hafaz Al-Quran).
Moreh diadakan dengan perbelanjaan ditanggung mengikut giliran batalion dan individu
yang memberikan sumbangan.
Mahasiswa Berkualiti