Laporan Tahunan UPNM 2009 - page 33

32
L a p o r a n T a h u n a n
2009
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Ceramah Israk Mikraj Peringkat UPNM
30 Julai 2009 - Ceramah Israk Mikraj ini telah disampaikan oleh Dr. Abd. Razak Wan Ahmad
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mana telah diadakan di Dewan
Tun Templer, UPNM. Ianya telah dihadiri oleh staf dan pelajar UPNM bermula jam 8.30 malam
dan berakhir jam 11.00 malam. Antara objektif program ialah memuliakan dan meraikan
sambutan Israk Mikraj dengan aktiviti keagamaan.
Karnival Kesenian Islam 2009 UPNM
10-11 April 2009 - Karnival selama 2 hari ini telah diadakan bertempat di Dewan Pendekar
dan di Dewan Tun Templer, UPNM. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu
Pertandingan Nasyid, Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Pidato Islam. Pertandingan diadakan di
antara kesemua batalion termasuk batalion PALAPES.
Mahasiswa Berkualiti
Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat UPNM
14 Ogos 2009 - Pertandingan ini diadakan di Dewan Pendekar, UPNM untuk menyemarakkan
lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52. Pertandingan ini terbuka kepada
semua pelajar-pelajar UPNM yang berminat untuk menghayati erti kemerdekaan melalui
wadah kesenian dan kebudayaan. Seramai 10 orang pelajar telah mengambil bahagian
dengan mendendangkan lagu-lagu patriotik yang dipilih daripada senarai lagu yang telah
ditetapkan antaranya Tanggal 31 Ogos, Sejahtera Malaysia, Dirgahayu Tanah Airku dan
sebagainya. Nurul Shuhadah binti Abdul Wahab (pelajar awam) telah dinobatkan sebagai
juara pertandingan kali ini dengan nyanyian lagu Perwira.
Qiamullail Perdana UPNM Ramadhan 1430H/2009M
12-13 September 2009 - Program ini telah diadakan di Masjid Al-Jazari dan Wisma Kadet dan
telah disertai oleh pelajar dan staf UPNM. Antara objektif program ialah memberikan ruang
kepada para jemaah untuk meningkatkan amalan terutamanya pada 10 malam terakhir
Ramadhan yang penuh barakah.
Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran Peringkat UPNM 1430H/2009M
15 September 2009 - Program ini telah diadakan bertempat di Masjid Al-Jazari dan telah
disertai oleh pelajar dan staf UPNM. Antara objektif program ini ialah mengimarahkan bulan
Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti kerohanian di samping mengeratkan hubungan
silaturahim dan muhibah sesama warga UPNM.
1...,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32 34,35,36,37,38,39,40,41,42,43,...123
Powered by FlippingBook